Sunday 5 August 2018

Laporan International Future Scientist Conference 2018


Pada tanggal 24,25 dan 26 Julai 2018, telah berlangsungnya satu program International Future Scientist Conference yang diadakan di Kolej PERMATApintar Negara. Program ini disertai oleh pelajar tahap 2 dan beberapa sekolah luar seperti Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Sekolah Tun Fatimah, Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah sekitar Hulu Langat.

Objektif program ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dan memupuk sifat cinta akan penyelidikan. Program ini berlangsung selama tiga hari dan dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada hari pertama, majlis perasmian bermula pada pukul 2.45 petang. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor UKM menerusi pukulan gong sebanyak 6 kali yang menandakan program ini dirasmikan dengan jayanya. Selepas itu pelajar dikehendaki membuat persediaan terakhir untuk pameran dan pembentangan penyelidikan pada esok hari.

Pada 25 Julai 2018, penilaian penyelidikan bermula pada pukul 9.00 pagi. Penilaian ini dinilai oleh mentor-mentor penyelidikan dan dekan fakulti UKM. Penilaian berlangsung sehingga tengah hari. Pada waktu ini pelajar dibenarkan untuk melawat ‘booth’ yang ada di auditorium Kolej PERMATApintar Negara. Antara ‘booth’ yang menjadi perhatian ialah ‘booth’ MRSM yang membentangkan projek bioasphalt iaitu menghasilkan jalan dari bahan organik seperti minyak sawit.

Pada hari terakhir, pelajar terlibat dengan sesi bersama Pengarah Kolej PERMATApintar Negara, Prof Datuk Dr Noriah yang membicarakan mengenai apa itu penyelidikan. Pada pukul 10.30, majlis penutup dan pemberian pingat berlangsung. Terdapat 10 pingat emas yang diberikan kepada peserta dan 3 pingat istimewa .Majlis ditutup dengan persembahan tarian dari pelajar Tahap 1

Secara keseluruhan, program ini berjalan lancar dan tidak mengalami sebarang kesulitan. Pelajar berasa seronok dan gembira dengan program ini dan diharapnya dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Yang menjalankan tugas,

.......................................                                                                                   6 Ogos 2018
(Muhammad Haikal Aiman)
Pelajar,
Kolej PERMATApintar Negara