Monday 11 February 2019






a) ibu pesan kepada saya supaya berusaha belajar
b) seorang pelanggan sedang memesan makanan di restoran
c) cikgu berpesan kepada ali yang sering membuang masa
d) kain di ampaian itu sudah saya lipat
e) ibu sedang melipat baju di ruang tamu
f) keuntungan yang diperoleh oleh usahawan itu meningkat berlipat kali ganda

Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong kerana mempunyai beberapa buah pulau yang indah. Kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia dengan  mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia dan juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa. Banyak pelancong datang ke Malaysia.


Sunday 5 August 2018

Laporan International Future Scientist Conference 2018


Pada tanggal 24,25 dan 26 Julai 2018, telah berlangsungnya satu program International Future Scientist Conference yang diadakan di Kolej PERMATApintar Negara. Program ini disertai oleh pelajar tahap 2 dan beberapa sekolah luar seperti Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Sekolah Tun Fatimah, Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah sekitar Hulu Langat.

Objektif program ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dan memupuk sifat cinta akan penyelidikan. Program ini berlangsung selama tiga hari dan dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada hari pertama, majlis perasmian bermula pada pukul 2.45 petang. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor UKM menerusi pukulan gong sebanyak 6 kali yang menandakan program ini dirasmikan dengan jayanya. Selepas itu pelajar dikehendaki membuat persediaan terakhir untuk pameran dan pembentangan penyelidikan pada esok hari.

Pada 25 Julai 2018, penilaian penyelidikan bermula pada pukul 9.00 pagi. Penilaian ini dinilai oleh mentor-mentor penyelidikan dan dekan fakulti UKM. Penilaian berlangsung sehingga tengah hari. Pada waktu ini pelajar dibenarkan untuk melawat ‘booth’ yang ada di auditorium Kolej PERMATApintar Negara. Antara ‘booth’ yang menjadi perhatian ialah ‘booth’ MRSM yang membentangkan projek bioasphalt iaitu menghasilkan jalan dari bahan organik seperti minyak sawit.

Pada hari terakhir, pelajar terlibat dengan sesi bersama Pengarah Kolej PERMATApintar Negara, Prof Datuk Dr Noriah yang membicarakan mengenai apa itu penyelidikan. Pada pukul 10.30, majlis penutup dan pemberian pingat berlangsung. Terdapat 10 pingat emas yang diberikan kepada peserta dan 3 pingat istimewa .Majlis ditutup dengan persembahan tarian dari pelajar Tahap 1

Secara keseluruhan, program ini berjalan lancar dan tidak mengalami sebarang kesulitan. Pelajar berasa seronok dan gembira dengan program ini dan diharapnya dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Yang menjalankan tugas,

.......................................                                                                                   6 Ogos 2018
(Muhammad Haikal Aiman)
Pelajar,
Kolej PERMATApintar Negara

Monday 9 July 2018

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dari masa ke masa kita dihadapkan dengan kes-kes pesakit kronik yang merayu simpati orang ramai supaya memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan mereka mendapat rawatan segera. Kita berbangga kerana ramai dermawan yang sanggup memberikan sumbangan kemanusiaan seumpama ini. Namun begitu, cara ini bukanlah langkah yang terbaik dalam kalangan masyarakat penyayang. Hal ini demikian kerana pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan segera terpaksa meminta bantuan daripada individu atau dermawan tertentu. Golongan pesakit kronik ini juga biasanya berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai melalui media elektronik atau media cetak.

 Kita percaya bahawa adalah lebih wajar diwujudkan badan khas untuk membolehkan pesakit pesakit kronik mendapat bantuan kewangan. Badan khas ini juga dapat membiayai rawatan segera supaya mereka tidak perlu membuat rayuan kepada orang ramai. Di samping itu, orang ramai atau badan-badan yang ingin menderma dapat menyalurkan sumbangan secara sistematik kepada badan berkenaan supaya dapat disampaikan kepada pesakit kronik yang memerlukan bantuan. Kita percaya bahawa dengan cara ini, bantuan akan dapat disalurkan secara lebih tersusun, terhormat dan telus. Pesakit kronik pula tidak perlu memainkan sentimen simpati orang ramai melalui media. Dengan cara ini, gagasan masyarakat penyayang akan dapat dilihat lebih adil, proaktif dan komprehensif. Semua penghidap pesakit kronik akan memperoleh manfaat dan bukan hanya pesakit kronik yang mempunyai kedudukan yang tertentu sahaja. Namun begitu, orang ramai yang ingin menyumbangkan derma secara langsung kepada individu tertentu masih boleh berbuat demikian. Sumbangan mereka ini harus digalakkan. Langkah mereka akan mengurangkan beban badan yang dicadangkan supaya badan ini dapat menumpukan perhatian kepada golongan yang tidak berupaya untuk mendapat bantuan daripada pihak lain.

 Dalam pada itu, kita sedar bahawa telah wujud banyak badan kebajikan dan badan amal, baik yang ditubuhkan oleh kerajaan mahupun yang ditubuhkan orang ramai. Kita harus bersyukur kerana badan-badan ini telah banyak memberi sumbangan kepada kebajikan rakyat di negara ini. Namun begitu, jika ada dasar penyelarasan yang lebih berkesan , kita percaya lebih banyak anggota masyarakat yang memerlukan bantuan akan mendapat manfaat. Sememangnya kerajaan dan badan-badan amal tidak dapat membantu semua orang yang memerlukan bantuan tersebut. Kita berharap agar penyelesaian yang berkesan akan mampu memberikan manfaat kepada golongan yang berkenaan seluas-luasnya.

 Penubuhan badan ini dapat menentukan keperluan bantuan sebenar pesakit dari segi jenis, kos dan tempat rawatan. Secara tidak langsung, badan ini dapat memastikan bahawa wang yang disumbangkan itu dimanfaatkan sepenuhnya. Sesungguhnya, kewujudan masyarakat penyayang yang mampu melindungi kebajikan anggotanya yang daif merupakan salah satu ciri penting sesebuah negara penyayang. 



      Petikan membincangkan kebaikan penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik di Malaysia.

         Antara kebaikannya ialah membolehkan pesakit-pesakit kronik mendapat bantuan kewangan dan dapat membiayai kos rawatan dengan cepat. Di samping itu, kebaikannya juga ialah sumbangan dapat disalurkan dengan sistematik, dan para pesakit kronik tidak perlu menghebah penderitaan melalui media bagi menagih simpati masyarakat. Selain itu, badan khas ini boleh menentukan keperluan bantuan sebenar pesakit, dan memastikan wang sumbangan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

        Antara sebab penubuhan badan khas ini adalah untuk menyelaraskan sumbangan derma daripada masyarakat,dan dapat mengagihkan wang tersebut dengan jujur. Tujuan penubuhannya juga disebabkan kos rawatan terlalu mahal dan masayarakat tidak mampu untuk membiayainya.

    Kesimpulannya, semua pihak harus menyokong penubuhan badan ini agar pesakit kronik mendapat pembelaan sewajarnya.





Sunday 11 February 2018

JAWAPAN LATIHAN PERCUBAAN PEPERIKSAAN SPM - NEGERI SEMBILAN - KERTAS 2 - SOALAN 3

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

a) BINA AYAT


i) Melawat

Abu melawat ibunya yang sakit di Hospital Sungai Buloh


i) Merawat

Doktor itu merawat pesakitnya dengan penuh kasih sayang.


ii) Mengewap

Encik Ahmad mengewap air yang terperangkap di dalam lorinya.



ii) Menguap

Ali menguap di dalam kelas kerana mengantuk.



iii) Mengelar

Ikan-ikan itu dikelar sebelum dibubuh garam


iii) Menyelar

Hani menyelar tindakan Ahmad yang menghina rakannya


b) AYAT PASIF KE AYAT AKTIF


i) Kami telah melaksanakan tugas mengemaskini maklumat carta organisasi Persatuan Bahasa Melayu.


ii) Kami sangat perlukan bimbingan awak untuk memastikan kertas kerja yang disediakan menepati format yang dikehendaki.


iii) Kementerian Pendidikan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara ini.


c) KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN


 i) baiografi - biografi 
    mengabadi - mengabadikan

ii) speksifikasi - spesifikasi 
    penuhi - memenuhi

iii) berprofail - berprofil 
      mengenal - dikenal


d) KESALAHAN TATABAHASA DAN ISTILAH

i) preskripsi - persepsi 
   masa kini - kini

ii) sambil - dengan 
    hipotesis - hipertensi

iii) herbivor - herba 
     perubatan nilai - nilai perubatan

Latihan Tatabahasa & Istilah

Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut.

1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan
 memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.

Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta pertandingan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.

2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia
 buat.

Bapa saudaranya memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia masak.

3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu
 lebih baik dari seorang pemuda lagi.

Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.

4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalapkan wang
 syarikat tersebut.

Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa ke mahkamah atas tuduhan menggelapkan wang syarikat tersebut.

5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka
 yang syarikat itu anjurkan.

Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjelajah ke seluruh negeri Melaka yang dianjurkan oleh syarikat itu.
6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang
 menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.

Beribu-ribu ayam ternakan dihapuskan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu

7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan sementara sebaik-baik
 menerima arahan daripada pihak berkuasa.

Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat penempatan sementara sebaik  menerima arahan daripada pihak berkuasa.

8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut
 begitu mengutamakan kuantiti.

Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kualiti.

9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam,
 akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.

Setelah meneliti semua syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menandatangani surat perjanjian tersebut.

10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan
 buku tersebut.

Buku itu telah saya hantar kepada penerimanya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.

11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang
 hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.

Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menangguhkan mesyuarat tersebut.

12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan
 penyelesaian perlu segera diambil.

Pada hari ini, masalah pengambilan dadah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.

13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik puluh
 bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.

Kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah rosak  akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.

14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan
 disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.

Pemilik kilang yang masih berdegil kerana melepaskan sisa toksik ke dalam sungai akan disenarai hitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.

15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan
 takat keselamatan diri mereka sendiri.

Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling memotong tanpa memikirkan tahap keselamatan diri mereka sendiri.

16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti
 tepung itu.

Ayah sangat menggemari makanan yang diamasak oleh ibu terutamanya  ayam goring yang disaluti tepung itu.

17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya pemjenayah berbahaya itu
 berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan.

Berdasarkan daripada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu Berjaya diberkas dan didakwa di muka perbicaraan.

18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh
 kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.

Peminat bola sepak itu sedang berbincang tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah pasukan bola sepak dari luar negara.

19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan
 petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.

Mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan gesekan biola seorang ahli muzik  tanah air yang amat terkenal.

20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih
 berada pada ibu negara berkenaan.

Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu segerombolan penjenayah yang dipercayai masih berada di ibu negara berkenaan.

21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua butir tayar kereta yang dipandunya meletup.

Seorang daripada peserta lumba kereta itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua buah tayar kereta yang dipanduya meletup.

22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di
 taman yang berhampiran.

Setiap pagi hari minggu, ibu akan mengejutkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.

23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang perjalanan kilang
 tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.

Pekerja kilang menjahit songket itu memberi taklimat kepada kami tentang perjalanan kilang  tersebut sebaik sahaja kami sampai ke situ.

24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam
 kecederaan.

Mereka menempuh pelbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kemalangan.

25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api di
 kawasan landasan itu.

Kami amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digilis kereta api di kawasan landasan itu.


26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas.

Terdapat beribu-ribu ekor rusa telah diternak di kawasan ternakan Pulau Kerdas.

27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di atas meja tersebut
 sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.

Pekerja yang mengambil cuti itu menurunkan tandatangan pada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.

28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang dalam
 peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Ibu menghadiahi kakak sebuah telefon bimbit kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal memasukkan gol.

Sesetengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal menjaringkan gol.

30. Pengkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak selsema
 burung daripada meluas kepada orang ramai.

Penyelidik di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat dalam membendung wabak selsema burung daripada meluas kepada orang ramai.



31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh
 perniagaan yang terkenal.

Dimaklumkan bahawa peragaan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal.

32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke semasa agar
 tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah lagi.

Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari semasa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijajah lagi.

33. Rakyat diseru membeli barangan tempatan demi untuk mengurangkan pegerakan wang ke luar
 negara.

Rakyat diseru membeli barangan tempatan untuk mengurangkan pertukaran wang ke luar negara.

34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita
 dari ancaman musuh.

Anggota pasukan keselamatam itu sanggup bertaruh nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada ancaman musuh.

35. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang
 berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.

Kebanyakan peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang bersimpang-siur sebelum tiba ke garisan penamat.


36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan dengan berapa jenis
 bahan masakan di ruang masakan itu.

Para peserta yang menyertai pertandingan memasak tersebut akan disediakan dengan beberapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.

37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja
 pembinaan rumah kos bawah yang masih terbengkalai.

Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos rendah yang sedang terbengkalai.

38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah disebabkan oleh kelemahan
 pengurusan syarikat terbabit.

Menurut Badan Pencegah Rasuah, kegagalan perumahan itu adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.

39. Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi.

Nama jolokan artis yang terkenal itu ialah Mawi.

40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia lakukan, namun
 perbuatan jahatnya itu terbungkam juga.

Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dilakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbongkar juga.



41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan
 yang sewajarnya pada orang ramai.

Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya kepada orang ramai.

42. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka serahkan kepada pihak
 pengantin perempuan.

Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah diserahkan kepada pihak pengantin perempuan.

43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu runjukkan adalah benar setelah
 melihat sijil asal yang dikemukakan.

Pengetua telah mengesahkan bahawa salinan sijil yang pemuda itu tunjukkan adalah benar selepas melihat sijil asal yang dikemukakan.

44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan
 beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.

Jabatan Perhilitan akan menjalankan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan
 beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu tahun setengah.

45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir dan mencari jalan untuk
 mengatasi masalah pendidikan di negara kita.

Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama berfikir dan mencari jalan untuk
 memulih masalah pendidikan di negara kita.

46. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera.

Jika surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos laju.

47. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempuh yang
 singkat.

Hal ini demikian kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempoh yang singkat.

48. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan
 yang bakal di buat pada minggu hadapan.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan  yang bakal diumumkan pada minggu hadapan.

49. Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke
 semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.

 Tumpuan kini ialah kearah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari semasa ke
 semasa hingga mencecah satu tahap yang dikehendaki.

50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan
 dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.

Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan
 dan menggunakan teknologi terkini untuk mempertingkatkan mutu barangan keluaran mereka.